Sheikh Maher al-Meaqli

Friday, December 9, 2011

AZAN DAN FADHILATNYA..

Azan adalah panggilan bagi umat Islam untuk solat.
Solat itu cara kita mengabdikan diri kita kepada Allah.
Tahukah anda?
Menjawab AZAN adalah satu latihan untuk kita mendapat husnul khatimah.
Jadi, kita kena la jawab AZAN bila berkumandang.
Toksah la duk buat kerja sampai tak ambik tau pasai AZAN tu.
Macam duk main game ka, shopping ka.. bla bla bla..
Jawab la dan respect skit AZAN tu.
Mana la tau lepas azan tu kita meninngal?
Bila kita duk nazak,even orang dah talkin kat kita,
Takut-takut kita tak boleh ikut......
Jadi, marilah kita sama-sama ambik berat tentang azan ni....
Sekian, Assalamualaikum....and make peace be upon you...

Tuesday, December 6, 2011

AJAL, KEMATIAN, DEATH.....

HIDUP ITU AMANAH DARI TUHAN. KITA TAK BOLEH SPOIL. KALAU ADA YANG SPOIL BERTAUBATLAH. KIAMAT DAH DEKAT. KALAU KITA DAH CUKUP AMALAN NAK JUMPA TUHAN,THEN ALHAMDULILLAH. KALAU HARI KIAMAT ATAU AJAL DAH KETUK PINTU KITA,WAKTU TU KITA TENGAH DOK TERKONTANG-KANTING LAGI? KITA DAH TAK BOLEH BUAT APA-APA DAH. KALAU AJAL KITA MAI,KITA TERUS PERGI. TAK DA LA KITA NAK BOLEH CAKAP "SAT-SAT AKU NAK BERSIAP SAT". INGAT,KITA DAH TAK BOLEH BUAT APA-APA DAH. LAGI SATU,AJAL KITA HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU BILA. BOMOH PUN TAK TAU. KLAU KITA JUMPA BOMOH,MESTI JADI MACAM NI....

BOMOH: APAKAH SOALAN ANDA? SAYA BOLEH NAMPAK MASA DEPAN ANDA MELALUI BOLA KRISTAL INI....
KITA : AI TOK, NAMPAK MACAM JAM RADIO JA....
BOMOH: DIA MULTIPURPOSE... "SOALAN-SOALAN?"
KITA : HA TOK,AJAL SAYA BILA?
BOMOH: HANG NI TAK PI SEKOLAH KA APA? AJAL TU TUHAN SAJA YANG TAU! MANA AKU NAK TAU!!

BETUL TAK BLOG WALKER ATAU KAWAN-KAWAN? NASIHAT SAYA SENANG JA, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHANDSOMEKAN DAN MELAWAKAN DIRI KITA,UNTUK BERJUMPA DENGAN ALLAH SUBHANALLAHUATAALA..
SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH........

Wednesday, June 1, 2011

Hidayah Itu Hebat

SALAM....
# kehebatan sebuah hidayah ALLAH itu tiada tandingan...ALLAH boleh beri hidayah kepada semua makluk NYA tanpa rasa was2..tetapi ALLAH tidak buat sedemikian kerna ALLAH ingin manusia itu sendiri membuat pilihan SENDIRI dimana destinasi yang ingin ditujuNYA....syurga atau sebaliknya..
justeru itu,seandainya kita ternampak seseorang yang melakukan kemungkaran..jgan pernah kita mencelanya..sebaliknya mendoakan nya agar diberi keindahan sebuah hidayah itu..kerana tidak musthil suatu hari kelak dia peroleh kehebatan hidayah itu yang telah mengubah diri yang menjadi yang lebih baik..malah mungkin lebih baik daripada kita..semua itu tidak mustahil..kerana ALAM ini ALLAH yang punya..DIA berhak membuat apa yang DIA suka tanpa ada yang boleh memBANTAH....
oleh itu, mari lah kita sama2 mendoakan agar saudara seislam kita peroleh kesempurnaan hidayah itu..
amiinn...
di sini ada satu kisah di mana saat SESEORANG MENDAPAT KEINDAHAN HIDAYAH ITU ingin memeluk agama islam tanpa rasa was2..
suatu ketika malam,dia duduk di dalam sebuah bilik membaca AL-QURAN..dia katakan bahawa dia hnya perlukan sedikit sahaja lagi tolakan untuk terjun ke agama islam..dia percaya khebatan bagaimana embryo ada dlm rahim wanita..dia percaya semua itu..cuma apa yang dia ingin kan adalah sedikit sahaja lagi bukti bagi menyakin kan dia..
dia nyala kan api pada lilin dan buka tingkap agar angin boleh masuk..apa yang dia ingin kan adalah sedikit keajaiban yang boleh terjadi depan matanya saat itu juga..lalau di katakan GO...
subahanALLAH...xda paper pun terjadi saat itu..dia katakan lagi..mungkin ALLAH busy so dia cuba bagi ALLAH peluang sekali lagi...untuk membuktikan padanya..ini sahaja peluang yang ada bagi menariknya masuk islam...
one more time,GO...suhanaALLAH xda pape pun terjadi...api pada lilin itu x sambar pun tirai pada jendela itu..DIA timbul rasa kecewa dan putus asa....dia teruskan membaca AL-QURAN..sambung tempat di mana dia baca tadi...satu muka surat demi satu muka surat..dia terbaca ALLAH berfirman,
jika ada di antara kamu yang bertanya kan tentang kehebatan ku..tengok lah sekeliling kamu,tengoklah bintang,tengoklah matahari,tengoklah air,tengoklah alam ini...ini adalah petunjuk bagi mereka yang berfikir..
SUBAHANALLHAH...

Ilmu Itu Sangat Penting

Sebelum tu ana nak cita pasal ilmu skit lah...


leave comment!!






ILMU merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi bagi kita sama ada golongan tua mahupun muda..apabila sudah tua,ia tidak bermaksud ilmu tidak perlu dipelajari atau dituntut..ilmu tidak seharusnya dihubungkaitkan dengan para pelajar sahaja malah golongan yang lanjut usia juga masih perlu menimba ilmu..perpatah arab mengatakan ilmu kunci kejayaan.........


sabda nabi muhammad s.a.w
        #  .tuntutlah ilmu dari buaian ingga ke liang lahad..

jelas di sini,di mana ISLAM amat menitik beratkan soal ilmu...wahyu pertama yang ALLAH berikan kepada RASULALLAH melalui malaikat jibril juga berkenaan ilmu...

ilmu sangat penting dalam hidup.umat islam amat dituntut mempelajari ilmu dunia dan akhirat bagi merebut keREDHAAN ilahi.dengan ilmu juga martabat seSeorang itu akan tinggi sama ada di sisi ALLAH mahupun di mata masyarakat.sangat untung apabila seseorang itu dikurniakan oleh ALLAH akal yang hebat di mana dapat menerima ilmu dengan mudah dan pantas tetapi ia akan bertambah hebat jika ilmu berkenaan agama juga dapat dia kuasai..masyarakat akan menyanjungi insan sebegitu..

di saat,seseorang itu menjadi pujaan ramai,maka ALLAH telah berikan satu dugaan ke atas dirinya di mana ALLAH hendak melihat sejauh mana atau sekuat mana imannya bagi tetap teguh dan yakin bahawa ilmu ini adalah kurniaan ALLAH s.a.w bukan datang daripada usahanya sendiri.ALLAH
 hendak menguji adakah dia akna menjadi manusia yang sombong..amat rugilah manusia seperti ini??

satu kata-kata yang bagi ana sangat indah dan penuh kengertiaannya..saidina ALI berkata:

semakin banyak kita belajar,semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui..

kata-kata inilah yang perlu kita pegang agar terhindar daripada perasaan riak dan sombong..

JANGAN BONGKAK TAU !!
ALLAH MARAH....

apabila kita mempunyai ilmu yang lumayan.seharusnya,kita taburkan kepada orang lain,kita jangan kuatir takut-takut ilmu itu akan berkurangan kerana ALLAH itu hebat kuasanya..ALLAH akan melipat gandakan ilmu yang kita kongsi kepada orang lain..INGAT..ALLAH SAYANG ORANG MACAM INI..



Sabda Rasulullah Tentang Akhlak

Untuk keamanan, kebahagiaan dan kedamaian hidup di dunia dan Akhirat, manusia perlu model atau contoh untuk diikuti. Justeru manusia, walaupun telah ALLAH bekalkan fitrah ingin mencintai dan dicintai tidak akan dapat melakukannya dengan sempurna jika tidak ada contoh. Begitulah rahmat dan kasih sayang ALLAH. Sentiasa menunjukkan jalan-jalan keselamatan buat hamba- hamba-Nya. Tinggal lagi apakah manusia itu mahu atan tidak mahu mencontohinya, itu sahaja.

Maka atas dasar itu dengan rahmat ALLAH, Dia telah mengutuskan seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul-Nya di atas muka bumi ini 1400 tahun yang lampau. ALLAH telah lengkapkan Rasul itu dengan sifat yang sempurna lahir dan batin. ALLAH telah memelihara peribadinya daripada sebarang kesalahan dan cacat-cela, agar dia menjadi contoh yang agung kepada manusia lain.

Dengan segala pemeliharaan itu maka jadilah Rasulullah SAW manusia yang paling tinggi akhlaknya. Sama ada akhlak dengan ALLAH mahupun akhlak sesama manusia.

Oleh itu tidak hairanlah jika ALLAH sendiri memuji Rasulullah SAW dalam Al Quran dengan firman-Nya:
"Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat agung." (Al Qalam: 4)

Al hasil, terbentuklah Rasulullah SAW itu sebagai insan kamil yang menjadi lambang segala kebaikan. Nabi Muhammadlah manusia yang paling sempurna. Seluruh himpunan sifat baik telah dipakaikan oleh ALLAH pada diri Rasulullah SAW. Itulah gambaran betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW kepada seluruh makhluk.Bukan sahaja kepada manusia bahkan juga kepada binatang. Bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam. Maka atas dasar itulah ALLAH SWT telah menegaskan dalam Al Quran bahawa kedatangan Rasulullah SAW itu adalah sebagai pembawa rahmat.


Firman ALLAH:
" Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk rahmat kepada sekalian alam." (Al Anbia: 107) .

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia." (Riwayat Malik)

Di sini saya hanya ingin menggambarkan tentang kasih sayang, iaitu satu aspek daripada akhlak Rasulullah SAW yang sangat perlu untuk manusia. Setidak-tidaknya untuk keselamatan mereka di dunia walaupun tidak di Akhirat. Kasih sayang Rasulullah SAW terhadap manusia tidak ada tandingannya. Mari kita lihat bukti bagaimana dan betapa kasih sayang Rasulullah SAW melalui dua sudut.

Jika kita membaca Al' Quran dan meneliti Hadis Rasulullah SAW, maka kita akan dapati betapa Rasulullah SAW itu sangat pengasih sekalipun kepada anak kecil ataupun binatang. Di antara ayat Quran yang menunjukkan betapa tingginya rasa kasih Rasulullah SAW itu ialah sewaktu ALLAH SWT berfirman: 

"Telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri. Berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin." (At Taubah: 128)

Dalam ayat yang lain ALLAH SWT telah berfirman:
"Maka dengan rahmat ALLAH-lah kamu dapat berlaku lemah-lembut dan kasih sayang pada mereka. "(Ali Imran: 159 )

Allah berfirman lagi:
"Dan jikalau kamu berkasar dan berkeras hati nescaya mereka akan menjauhkan diri darimu. "(Ali Imran: 159)

Di antara Hadis yang menunjukkan betapa besarnya kasih sayang Rasulullah SAW ialah:
"Barang siapa yang tidak mengasihi manusia, dia tidak dikasihi ALLAH. "(Riwayat At Termizi)

"Kasihilah siapa sahaja yang ada di bumi nescaya akan mengasihi kamu siapa-siapa sahaja (malaikat) yang di langit." (Riwayat Abu Daud)

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang).
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain)." (Riwayat At Tabrani)

"Berbaktilah kepada kedua ibu bapa kamu, maka akan. berbakti anak-anak kamu kepada kamu (termasuk memberi kasih sayang)." (Riwayat Al Hakim)

"Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan tempatku di kalangan kamu ialah yang paling cantik akhlaknya, mereka menghormati orang lain dan mereka senang bermesra dan dimesrai.
Orang Mukmin itu ialah yang mudah mesra dan dimesrai, dan tiada kebaikan pada mereka yang tidak boleh bermesra dan dimesrai. Dan sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia." (Riwayat Al Hakim dan Al Baihaqi)

"Sesiapa yang tidak mengasihi orang kecil kami, sedangkan dia tahu kewajipan sebagai orang besar kami maka bukanlah dia dari golongan kami." (Riwayat Al Bukhari)

"Siapa yang berbuat baik (beri kasih sayang) kepada anak yatim lelaki atau perempuan, adalah aku dan dia di dalam Syurga seperti dua ini (ditunjukkan dua jarinya yang dirapatkan)." (Riwayat Al Hakim)

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya. “ (Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At-Tirmidzi )

“Penyebab utama masuknya manusia ke surga adalah bertakwa kepada Allah dan kebaikan akhlaknya. “ ( Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah )

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dari pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.” ( Riwayat At-Tirmidzi )

“Saya menjamin sebuah rumah yang paling tinggi tingkatannya di sorga bagi orang-orang yang berbudi pekerti. “ ( Riwayat At-Tirmidzi )

“Sesungguhnya orang mukmin dengan akhlaknya yang baik akan mendapatkan kedudukan yang sama dengan orang yang (rajin) melaksanakan puasa dan shalat malam. “ (Riwayat Abu Dawud)

"Barangsiapa yang menghindari perdebatan dalam keadaan ia bersalah nescaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di sekitar syurga. Barangsiapa yang menghindari perdebatan dalam keadaan ia benar niscaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di tengah-tengah surga. Dan barangsiapa yang baik akhlaknya niscaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di ketinggian surga. (HR.Abu Dawud, Ath-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)


Allah SWT berfirman :“ Dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari ( perbuatan-perbuatan ) keji dan mungkar. “ ( Al-Ankabut : 45 )

Subhanallah ! Jika shalat seseorang itu belum mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, maka shalatnya baru sebatas olah raga. Ia telah shalat, namun shalatnya belum memperbaiki akhlaknya. Dalam sebuah hadits qudsi Allah SWT berfirman :“ Sesungguhnya Aku menerima shalat dari seseorang yang mengerjakannya dengan khusyuk karena kebesaran-Ku, dan ia tidak mengharapkan anugerah dari shalatnya karena sebagai hamba-Ku (makhluk-Ku), dan ia tidak menghabiskan waktu malamnya karena bermaksiat kepada-Ku, menghabiskan waktu siangnya untuk berdzikir kepada-Ku, mengasihi orang miskin, ibnu sabil, mengasihi anda dan menyantuni orang yang sedang terkena musibah.”Ingatlah, bahwa seluruh aturan syariat Islam terdapat akhlak didalamnya. Dapatkah anda menyaksikan adanya hubungan antara ibadah (shalat) dan akhlak (rendah hati dan kasih sayang)? Ingatlah, jika shalat anda belum memberikan nilai-nilai kasih sayang terhadap sesama manusia, maka anda belumlah memetik buah shalat anda secara sempurna.

"Sesungguhnya di kalangan kamu yang lebih dikasihi ALLAH ialah mereka yang senang bermesra dan dimesrai. Sebaliknya yang paling dibenci ALLAH ialah mereka yang suka menabur fitnah dan memecah belahkan persaudaraan."